Rabu, 20 Oktober 2010

WASPADA BAHAYA DI MANA-MANA

       

BELUM pun reda kes pembunuhan peniagawati dan jutawan Sosilawati, di negeri kita baru-baru ini baru sahaja kita dikejutkan dengan kes pembunuhan kejam seorang jururawat, Annie yang berumur 39 tahun.  Di negeri sabah, kes ini merupakan kes kedua setelah pembunuhan pelajar UMS beberapa tahun yang lalu.
Mayat mendiang ditemui dalam keadaan separuh bogel pada 12 Oktober 2010 di  parit Lorong Ujana Kingfisher.


Apabila mayatnya ditemui terdapat kesan cedera di kepala akibat dipukul dgn belantan. Gelang kaki emasnya tidak diusik langsung termasuk pakaiannya ditemui berhampiran mayatnya. 

Polis juga mengesahkan terdapat kesan darah pada kerusi penumpang depan dan juga pada tingkap kereta mangsa. Menurut kakitangan OUM, Annie mengambil kursus ijazah jarak jauh dalam kejururawatan dan telah ke OUM Sabtu lepas, sekitar pukul 10.00 pagi, dia bersama-sama rakan-rakannya yang kelas mereka biasanya bemula pada pukul 8 pagi hingga 3 petang, iaitu pada hari dia dilaporkan hilang.

Polis telah menahan tunang mangsa yang berusia 41 tahun bagi membantu siasatan. Setakat ini pihak polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kes rogol dan bunuh ini tentunya amat membimbangkan ramai pihak khususnya di negeri ini.  Semoga keluarga mendiang bersabar dan kepada pihak polis yang menjalankan tugas dengan baik, hukumlah si penjenayah dengan seadil-adilnya. Manusia keja, tidak berhati perut dan  membahayakan masyarakat setempat ini harus menerima hukuman yang setimpal . Nasihat kepada para wanita, sekiranya anda keluar ke mana-mana janganlah keluar bersendirian. Sentiasalah berhati-hati. Bahaya ada di mana-mana.

2 ulasan:

  1. Hai dunia punya cerita..

    Ngeri juga membaca berita kekejaman manusia, kenapa ya hari demi hari manusia seakan amat mudah berlaku kejam, adakah akal tidak berfungsi lagi, adakah hadup hanya untuk memenuhi nafsu. Rasa seolah dunia ini seakan tidak selamt untuk di huni.

    Mudah-mudahan manusia kembali kepada fitrah kejadian, kembali kepada akal fikiran yang sihat.

    AMIN

    BalasPadam
  2. Mudah-mudahan sahabat. Mungkin ini perbuatan orang yang kurang waras diakibatkan rasa cemburu atau disebabkan benda "asing." Apa-apa pun kita sama-sama berdoa hal ngeri seumpama ini tidak berlaku lagi.

    BalasPadam