Rabu, 20 Oktober 2010

BAHAYA MEROKOK

Tembakau mungkin merupakan satu bahan yang paling merbahaya yang biasa digunakan oleh manusia. Ia boleh dikaitkan dengan kematian.
Banyak berita memaparkan tentang pelbagai penyakit akibat tabiat merokok. Antaranya, batuk kering, kanser paru-paru, kanser mulut dan sebagainya. Merokok juga boleh menimbulkan perasaan takut, gementar, risau, bimbang, resah, melemahkan akal, mengurangkan nafsu makan, menguningkan wajah dan gigi, menyempitkan pernafasan, menjadikan manusia malas dan lemah, dan sebagainya.
Mengapa manusia masih merokok, walaupun mereka tahu ia merbahaya? Jawapannya ialah KETAGIHAN. Nikotin adalah sejenis dadah di dalam semua produk tembakau yang memberi ketagihan kepada penggunanya. Kesannya sekuat dadah yang haram seperti heroin atau kokain. Ia menyerang sedikit-sedikit dan meletakkan penggunanya di ambang maut!
Rokok membunuh ramai penghisapnya - beribu manusia setiap tahun. Sekiranya anda merokok, dapatkanlah bantuan untuk berhenti. Proses menghentikannya memanglah susah, tetapi itulah satu-satunya cara untuk menyelamatkan kesihatan anda. Sekiranya anda bebas daripada tembakau, jangan cuba mengubahnya!
  

PUNCA PENYAKIT GOUT DAN PENAWARNYA


Gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor, biasanya seseorang itu diserang oleh gout kerana salah satu sebab utama, ringkasan ini ditulis supaya anda dapat mengambil jalan penyelesaian penawarnya.
  1. Stress, telah terbukti memberi kesan negatif pada badan, melalui pengurangan mineral dan nutrisi dan pengeluaran adrenalin dan hormon stress (steroid).  Stress juga boleh menurunkan sistem imun anda, menukar paras sugar dalam daran dan menaikkan paras asid urik ke tahap tinggi.  Dadah biasanya akan menambahkan stress melalui dehidrasi tisu organ dan menyempitkan laluan-neuro dan menyekat penyerapan zat nutrisi dan mineral. PeGoutnawar alami boleh menanganinya.
  2. Makan makanan yang salah, cara makan, masa makan dan banyak mana anda makan, secara terus memberi kesan pada kesihatan anda. Makan terproses melemahkan sistem penghadaman anda, yang dengan itu melemahkan sistem imun anda dan seterusnya akan membenarkan gout menyerang dan berbagai lagi penyakit akan muncul. Ubatan tidak dapat menggantikan apa yang makanan baik berikan. Penawar alami yang menggunakan beberapa makanan pasti yang memulihkan kesiahatan dengan cepat dan selamat.
  3. Berat badan yang melebihi. Seperti yang dimaklum sesiapa yang menghadapi berat banda terlebih akan menaikkan risiko berbagai penyakit.  Kegemukkan boleh berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan metabolisma atau lebihan makanan atau kekurangan sesuatu yang sepatutnya. Ubatan tidak dapat mengimbangkan masalah ini, tetapi penawar alami akan dengan sendirinya mengimbangi beberapa hal dalam badan.
  4. Gula, terutamanya gula terproses, menyebabkan berbagai masalah kesihatan  masyarakat moden sekarang. Terlalu banyak gula akan menyebabkan radangan dan ia adalah penyebab utama kebanyakan penyakit yang diketahui. Antara penyakitnya ialah tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, dan juga semua isu sistem imun yang masyarakat kita menderita seperti gout. Penawar alami boleh mengimbangi paras normal asid urik dan memberikan zat nutrisi penting yang pengambilan gula memudaratkan.
  5. Antibiotik, hari ni antibiotik telah di lebih gunakan. Memang adakalanya bagus digunakan. Perkataan antibiotik itu sendiri bermaksud melawan kehidupan dan itulah apa yang dilakukannya. Antibiotik melenyapkan semua organisma dalam badan, termasuk yang baik dan diperlukan oleh kesihatan.
  6. Ramai orang menghadapi masalah disebabkan oleh ketidakseimbangan microorganism sihat yang diperlukan untuk penghadaman yang baik dan sistem imun yang berkesan. Dan juga, ramai orang yang mengambil antibiotik telah pun menderita dengan sistem imun yang lemah.   Penawar alami boleh membantu memulihkan semula sistem pertahanan alami badan kita.
  7. Keseimbangan pH juga sangat penting dijaga seperti mana suhu badan, terlalu tinggi tidak baik dan terlu rendah juga tidak baik.  Semua yang tersenarai di atas memberi kesan pada pH dengan meningkatkan keasidan dan kristal asid urik. Lagi tinggi paras asid lagi rendah oksigen dalam badan anda. Sel badan membuat kumbahan berasid dan biasanya dinyah melalui air kencing. pH yang rendah atau tinggi paras asid menyebabkan gout dan juga pengerasan arteri dan radangan sendi dan tisu sel badan.
  8. Paras rendah elektrolit (mineral) disebabkan oleh ubat dadah, diet kurang dan kurang aktiviti. Penawar alami boleh mengatasi masalah ini dengan memberi imbangan paras mineral seperti kalsium, potassium, magnesium dan banyak lagi.
Ini adalah satu pengenalan untuk memberi kesedaran kepada bahawa kita hidup sihat dari makanan hidup dan segar, kita tak dapat hidup sihat dari makanan mati atau bahan kimia iaitu dadah dan makanan terproses.

Punca Suami Kahwin Lain - Sang Isteri Wajib Baca

" ramai suami setia kepada seorang isteri. Isteri itu jantung hati, ratu dalam hidup mereka. Namun apabila terlalu dipuja, sebilangan isteri mengamalkan sikap sambil lewa melayan suami. Lalu, suami mencari alternatif, mengahwini perempuan lain dengan harapan dia dilayan secara lebih sempurna. "

Kajian Mengenai Budaya Lepak Di Kalangan Remaja

Kajian ini cuba menyingkap budaya lepak dikalangan remaja dan meneliti tingkahlaku yang sering di kaitkan dengannya. Dalam usia ini remaja ber sikap ingin tahu serta mencuba sesuatu yang baru. Jika tanpa bimbingan dan tunjuk ajar, mereka mudah terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.
Kajian ini telah dilaksanakan pada tahun 1994 oleh Prof. Madya Dr. Samsudin A. Rahman dan telah dibentangkan dalam Laporan Kajian Kementerian Belia dan Sukan. Hasil kajian ini mendapati 18 peratus daripada 6,110 remaja yang ditemubual menyatakan mereka mempunyai rakan-rakan yang pernah terlibat dalam hubungan seks sebelum kahwin.
Remaja yang berprestasi lemah menunjukkan kadar yang lebih tinggi iaitu 26 peratus berbanding dengan remaja yang berprestasi cemerlang 17 peratus. Perkara ini ada kaitan dengan pendedahan remaja terhadap bahan-bahan lucah yang sememangnya mudah diperolehi. Hampir 40 peratus remaja menyatakan mereka pernah menonton video lucah atau pun membaca majalah lucah.

Fenomena Facebook:Positif atau Negatif

KECANGGIHAN teknologi maklumat kini menyebabkan manusia boleh berkomunikasi dengan mudah, cepat dan murah.  Jarak yang jauh bukan lagi sebagai penghalang kepada manusia untuk saling berkomunikasi.  Facebook kini merupakan antara cara komunikasi yang paling popular dalam kalangan masyarakat di serata dunia.

Sejarah Facebook


Jaringan komunikasi atau sosial facebook telah diasaskan oleh Mark Zuckerberg pada 4 Februari 2004 melalui www.thefacebook.com yang kini digunakan sebagai www.facebook.com.  Pada awalnya facebook merupakan cara berkomunikasi antara mahasiswa di Universiti Harvard dan akhirnya berleluasa ke serata tempat di dunia ini.

Adakah facebook memberikan kesan yang positif atau negatif kepada kita? Mari kita lihat bersama-sama kesan positif dan negatif akibat fenemona facebook yang melanda masyarakat kini:

Kesan Negatif



  • Kurangnya waktu untuk belajar dan mengerjakan tugas
  • Kurangnya waktu untuk bersosial dan berinteraksi secara langsung dengan orang lain 
  • Membuatkan kita lalai dan lupa tentang waktu hingga menyebabkan pola hidup tidak teratur
  • Masyarakat terbiasa melalukan hal-hal dengan mudahlalu menyebabkan kita tidak termotivasi untuk melakukan hal-hal yang sukar
  • Penyebaran foto-foto yang tidak sopan
  • Berlakunya masalah rumah tangga seperti cemburu, hubungan sulit dan penceraian karena dapat berteman dan berkomunikasi secara bebas
  •  Menyebabkan seseorang mengalami kesulitan untuk membezakan hal nyata dan tidak nyata, iaitu gejala penyakit neurotik skizofrenia.
  •  Membuat seseorang menjadi ingin tahu akan urusan orang lain.
  •  Meluasnya penggunaan kata-kata kasar kerana ruang ini merupakan ruang yang tidak formal dan santai. Manusia bebas berbicara.
  • Sering menjadi medan untuk membicarakan hal-hal yang negatif seperti dadah dan seks. Daripada kajian yang dilakukan oleh ilmuwan asal University of Washington, didapati  54% remaja yang menggunakan Facebook dan Myspace, sering membicarakan hal yang sensitif seperti dadah dan seks melalui forum ini
Kesan Positif

  • Menjadi medan untuk mengesan dan bertemu semula saudara-mara, mantan guru, mantan pensyarah, dan teman
  • Menjadi medan niaga dengan kos yang minimum atau jimat
  • Menjadi ruang komunikasi yang cepat dan mudah
  • Menjadi ruang perkongsian ilmu yang efektif jika digunakan dengan baik
  • Menjadi medan memperbaik kemahiran menulis dan berbahasa jika digunakan dengan baik
  • Menjadi medan untuk menyimpan data
  • Menjadi medan untuk mengurangkan stres
Oleh itu, teman-teman mari kita manfaatkan facebook dengan sebaik-baiknya. Usah berlebih-lebih atau menyebabkan kita lalai.  Gunakanlah secara berpada-pada agar kita memperoleh dampak positif daripadanya.






WASPADA BAHAYA DI MANA-MANA

       

BELUM pun reda kes pembunuhan peniagawati dan jutawan Sosilawati, di negeri kita baru-baru ini baru sahaja kita dikejutkan dengan kes pembunuhan kejam seorang jururawat, Annie yang berumur 39 tahun.  Di negeri sabah, kes ini merupakan kes kedua setelah pembunuhan pelajar UMS beberapa tahun yang lalu.
Mayat mendiang ditemui dalam keadaan separuh bogel pada 12 Oktober 2010 di  parit Lorong Ujana Kingfisher.


Apabila mayatnya ditemui terdapat kesan cedera di kepala akibat dipukul dgn belantan. Gelang kaki emasnya tidak diusik langsung termasuk pakaiannya ditemui berhampiran mayatnya. 

Polis juga mengesahkan terdapat kesan darah pada kerusi penumpang depan dan juga pada tingkap kereta mangsa. Menurut kakitangan OUM, Annie mengambil kursus ijazah jarak jauh dalam kejururawatan dan telah ke OUM Sabtu lepas, sekitar pukul 10.00 pagi, dia bersama-sama rakan-rakannya yang kelas mereka biasanya bemula pada pukul 8 pagi hingga 3 petang, iaitu pada hari dia dilaporkan hilang.

Polis telah menahan tunang mangsa yang berusia 41 tahun bagi membantu siasatan. Setakat ini pihak polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kes rogol dan bunuh ini tentunya amat membimbangkan ramai pihak khususnya di negeri ini.  Semoga keluarga mendiang bersabar dan kepada pihak polis yang menjalankan tugas dengan baik, hukumlah si penjenayah dengan seadil-adilnya. Manusia keja, tidak berhati perut dan  membahayakan masyarakat setempat ini harus menerima hukuman yang setimpal . Nasihat kepada para wanita, sekiranya anda keluar ke mana-mana janganlah keluar bersendirian. Sentiasalah berhati-hati. Bahaya ada di mana-mana.

Usah Pandang Enteng:Tanggungjawab Sebagai Ibu Bapa








ADAKAH kita ibu bapa yang baik? Adakah kita telah berusaha menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa yang cemerlang?  Atau adakah kita tidak pernah pun menyoal diri kita dengan soalan-soalan seumpama itu?
Saya yakin ramai kalangan kita barangkali yang tidak pernah bermuhasabah sejauhmanakah kita telah cuba menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.  Anak ialah amanah daripada Allah atau Pencipta.  Oleh sebab itu, tugas mendidik anak bukanlah tugas yang mudah atau perlu dilakukan secara sambalewa.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Apabila telah meninggal manusia putuslah amalnya, kecuali dari tiga perkara:sedekah jariah (umpamanya membuat masjid) atau ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya." 
(Hadis riwayat Muslim)
Sabda Junjungan Nabi Muhammad SAW tersebut mencerminkan betapa pentingnya didikan yang wajib ditekan kepada anak-anak di peringkat bayi hingga baligh dan seterusnya ke peringkat remaja supaya mereka dapat menjadi anak yang soleh.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Didiklah anak-anakmu atas tiga perkara:
  1. Mencintai Nabinya
  2. Mencintai ahli rumahnya
  3. Membaca al-Quran, kerana si penghafal al-Quran,  dalam naungan Allah pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya berserta Nabi-nabinya dan orang-orang suci-Nya."
(Hadis riwayat Dailami)
Hadis ini menegaskan bahawasanya ibu bapa wajib mendidik anaknya supaya pandai membaca dan memahami al-Quran. Dengan erti kata lain ibu bapa Muslim wajib memainkan peranan untuk membesarkan anak-anak mereka agar menjadi insan Islam yang sebenarnya yang mematuhi ajaran al-Quran dan sunnah Nabi-Nya.
Anak-anak perempuan mesti dididik untuk mencerminkan Islam lebih-lebih lagi dalam hal pakaian, supaya menutup aurat agar apabila besar nanti tidak akan memakai pakaian yang bertentangan dengan kehendak Islam.
Anak-anak lelaki perlu dikawal supaya apabila besar nanti mereka tidak berpakaian tidak sempurna serta terlibat dengan najis dadah. Ibu bapa perlu menekankan kepada disiplin dan menggunakan psikologi yang bijak.
Penekanan amat penting diberikan kepada:
  • Ilmu-ilmu yang diberikan
  • Asas pelajaran yang diberikan
  • Pendidikan jasmani yang diberikan
  • memberi makanan dan minuman yang halal
  • Mencari jodoh untuk anak-anak apabila tiba waktunya
Diharap dengan terbinanya institusi keluarga yang cemerlang akan dapat memberikan sumber kekuatan untuk memantapkan ketamadunan sesuatu bangsa.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak secara positif, khususnya dalam pembentukan peribadi dengan sifat-sifat berikut:

  • Keyakinan penuh pada diri sendiri
  • Memuliakan diri sendiri sebagai hamba Allah
  • Menjaga nilai harga diri
  • Bersifat benar dalam segala hal
  • Berani menghadapi dugaan dan cabaran
  • Selalu bersifat tenang
Ayuh, belum terlambat lagi untuk kita menjadi ibu bapa yang cemerlang. Kita orakkan langkah dan cuba menjadi ibu bapa yang berkualiti.  Ingatlah, menjadi ibu bapa tidak semudah yang kita fikirkan.  Jika anak-anak berjaya, kejayaan itu bermula daripada ibu bapa. Sebaliknya, anak-anak yang gagal ialah daripada ibu bapa yang gagal.  Anak amanah daripada-Nya. Jangan nanti apabila "Nasi sudah menjadi bubur," kegagalan dituding kepada anak-anak sahaja.