Rabu, 20 Oktober 2010

Punca Suami Kahwin Lain - Sang Isteri Wajib Baca

" ramai suami setia kepada seorang isteri. Isteri itu jantung hati, ratu dalam hidup mereka. Namun apabila terlalu dipuja, sebilangan isteri mengamalkan sikap sambil lewa melayan suami. Lalu, suami mencari alternatif, mengahwini perempuan lain dengan harapan dia dilayan secara lebih sempurna. "

5 ulasan:

  1. isteri pun setia dengan seorang suami..yang penting komunikasi antara suami dan isteri sangat penting..

    BalasPadam
  2. Hebat isu yang kau ketengahkan ini Lin..Ada kebenaran dari apa yang dikatakan itu. Lelaki kan mahu sesuatu yang sentiasa menarik. Kadang-kadang ada isteri yang mengabaikan kecantikan diri. Kononnya tidak perlu lagi bergaya kerana sudah berkahwin. Lalu mereka mula mengabaikan kecantikan diri dirumah. Akhirnya suami merasa bosan dan rasa tidak tertarik lagi. Apabila ditegur, mereka mudah menjawa begini " kalau abang mahu yang cantik, carilah yang cantik" perkataan ini diungkap bukan sesungguhnya. Tetapiu cukup mencabar kesabaran seorang lelaki. Akhirnya lelaki akan menerima cabaran itu. Maka, berlakulah si suami kahwin lagi..saat itu barulah si isteri menangis meraung dan menyalahkan si suami...sedangkan, semua itu berlaku kerana kesilapan kecil itu.

    BalasPadam
  3. Hai..lin...mcam ko ada hati jak..
    Harap-harap sang suami yang kawin lain mendapat layanan seperti di impikan..jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..payah mengutip yang berciciran nanti..ha..ha..

    BalasPadam
  4. salam abang mualin...hehehe.. bahaya betul ini artikel.. wahh..jgn kawin lagi ar.. setia pada isteri akan kekal dunia akhirat..hehehe

    BalasPadam
  5. Salasiah: Ya, betul tu kan? Luahkan apa yang terbuku. Usah disimpan. Yang simpan tu yang akhirnya membawa kehancuran dalam rumah tangga kerana akhirnya pasangan mencari jalan keluar dengan mencari orang ketiga.

    Richard: Adat atau resam lelaki ba kan En Richard, suka akan apa-apa yang cantik terutama wanita. Ya, saya setuju tu, kalau kita berterus terang dengan isteri minta mereka menjaga penampilan. Cuma barangkali untuk membantu mereka tampil cantik, kitalah tu kan keluarkan duit untuk mereka membeli baju yang cantik, alat solek, kasut dan kos rawatan kecantikan. Tapi, apa salahnya kan, jika kita mahukan isteri yang cantik, kita kena laburkan duit. Daripada dilabur kepada orang ketiga. Saja-saja keluarkan artikel ini sebab hal ini macam dah menjadi lumrah kini. Bukan lagi sesuatu yang tabu. Kalau mampu macam mana En. Richard? Tapi mahu jaga satu pun susah apalagi lebih daripada satu...:-)

    Suzain: Tidak ba ...saya tidak ada hati. Berkongsi isu sahaja...betul juga tu kan? Takut nanti sendiri yang pening, isteri-isteri lari, anak-anak menjauh, sendiri gigit jari...:-)

    Khaidar: Hehehe..pasti "setia kepada isteri..." Insya-Allah. Isteri itu amanah Allah ba kan....

    BalasPadam